helaian demi helaian

Sunday, 24 April 2011

Tingginya pemandangan...


          "Selamat hari jadi,... selamat hari jadi,... selamat hari jadi,.... selamat hari jadi,..." kedengaran kelunakkan suara ibuku disamping suara- suara "langau" yang dihasilkan oleh kakak-kakakku (kadang2 berangan nak jadi penyanyi..) [~p/s- yang tak tahannya nyanyi action gler cam konsert~] menjadikan hari lahirku yang sulung sungguh bermakna... Dalam keriuhan lagu "happy birthday" itu aku cuba meninggikan pandangan mencari kelibat bapaku yang dari tadi tidak kelihatan.

        Kedengaran satu suara garau yang mencampuri irama lagu "happy birthday" tersebut. Aku teruja melihat bapaku yang sedang membawa kotak berapi bersamanya(kek ada lilin la). "MAK!!! tengok...." tegur kakakku secara tiba-tiba.. Lagu "happy birthday" itu tidak lagi kedengaran dan aku teruskan perjalanan aku ke arah bapa aku...

           "unbelievable" kakak sulungku berkata. "marvelous" kata kakak keduaku. "magnific" kakak ketiga pula mencelah.... Aku melihat kebawah melihat tanah yang selama ini aku pijak jauh semacam berbanding dengan selama ini dan alangkah terkejutnya melihat aku sedang berdiri dan berjalan... Aku teruskan perjalanan aku kearah bapaku yang sedang menunggu aku datang kearahnya di kerusi.


Dalam masa yang secukupnya kemudian.....

       Akhirnya aku tiba di kaki bapaku, jauh pula perjalanan itu aku rasa . Aku cuba memeluk kaki bapaku Tetapi aku tidak rasakan tidak balas dari bapaku.. Aku cuba menggocangkan kaki bapaku yang sedang duduk di kerusi tersebut. Aku memandang kearah ibuku yang semakin menghampiri tempat aku bersama bapaku.

PANG!!!..

      "zzzzz.... ye ,ye sayang me... meh sini kat abah meh..." kata bapaku dengan nada terkejut. "Abang ni x feling langsung la... anak kita punya birthday ni.. lagi plak anak kita first time boleh bejalan ni.... menyampah betul.. Please abang don't break my heart".. leter ibuku. Tiba-tiba aku diangkat bapaku di ikuti kakak-kakakku serta ibuku di belakang yang sedang membawa kek ke meja makan... bersambung....


1 comment: