helaian demi helaian

Wednesday, 20 April 2011

kejadian tidak diduga

   Aku marasakan perut ini meronta- ronta menyuruh aku menangis... "uwek, uwek, uwek"  kataku dalam bahasa bayi( mak, mak, mak.......). Sejurus selepas itu, ibuku datang menghampiri aku lalu mendukung aku  ke dalam pangkuannya. "lapar ke syang mak ni?, nak menen ye...ala sayang, anje mak...jap ye...." katanya dengan merdunya."GLUP,GLUP,GLUP" tegukan itu meransang deria rasaku dan memenuhkan perutku yang lapar itu.. Alhamdulillah aku katakan di dalam hati. mataku mulai kuyu dan aku tediam seketika dan tiba-tiba........ zzzz...

8 bulan selepas itu.....(jangan pula ingat dia tidur selama 8 bulan ok... haha)
    Aku sudah mulai merangkak. "Comel, meh datang kat mak meh...", panggil ibuku. COMEL?? haha, itu adalah nama gelaran manjaku semasa kecil... cute bukan:)... ketika itu aku menggunakan kekuatan dada bidangku serta otot tangan besiku serta sumber-sumber karbohidrat di dalam tubuhku untuk menolak badanku kearah ibuku yang sedang memanggil.aku. Ia di tonton seluruh keluargaku. Ketiga-tiga kakakku melihat dengan penuh gembira dan bersorak untukku. Abahku yang tegas hanya mampu tersenyum. Indah sungguh hari tersebut.:)

   Pada suatu malam itu aku merengek-rengek menangiskan sesuatu, entah mengapa pun aku kurang pasti. Pada mulanya ibu bapaku hanya mengatakan aku demam biasa. Mungkin itulah sebabnya aku menangis tetapi demamku masih tidak pulih setelah 2 hari. Puas sudah aku dibawa ke klinik dan juga ke hospital.. Tetapi tidak juga tahu apa sebenarnya yang terjadi. Aku kerunsingan...

    Iktiar demi iktiar sudah dilakukan, iktiar terakhir ibu bapaku adalah untuk berjumpa bomoh.."APA???" teriak bapaku apabila mendengar ulasan bomoh tersebut... Aku dikatakan diganggu jin  aka mahluk  halus...

    Seharian aku berkemah di rumah bomoh tersebut. "puh kanan, puh kiri.. kentong.. kentong... majarapurali... puh.. puh.. puh... tuih!!" antara jampi serapah bomoh  itu yang sempat didengari ibu bapaku.. Pada ketika itu aku tertidur kerana penat menangis selama 2 hari...:,).. bersambung....

No comments:

Post a Comment