helaian demi helaian

Tuesday, 19 April 2011

sayang mak..

    3 hari aku menetap di hospital tersebut, secara tiba-tiba aku diangkat oleh seseorang. Terdengar aku sayu bisikan merdu seseorang. Gembira aku apabila melihat wajah indah yang mengangkatku itu adalah ibuku. Aku sekali lagi menunjukkan kegembiraan aku dengan tangisan manja.:-)

 Aku berasa kekok melihat pemandangan sekelilingku bergerak laju, walhal penglihatan aku tidaklah seelok mana. Aku terdiam apabila aku masuk didalam bekas besar (van). Perasaanku bergelora apabila ianya bergerak.Ibuku menbuatkan aku tenang dengan mendodoi aku.

  Melihat gelak tawa ibuku bersama seorang lelaki yang membawa kereta , mereka turut memuji serta bermain-main bersamaku dalam bahasa yang aku sendiri tidak fahami. Tidak lama kemudian aku tertidur, apabila aku buka mata kuyuku sahaja aku terus menangis, kali ini bukan kegembiraan yang membuatkan tangisanku  tetapi...... bersambung...

No comments:

Post a Comment